fbpx

Piala FA: Selangor perlu hapuskan badi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR perlu melupakan kekalahan kepada KL City untuk memberikan fokus menentang TFC bagi memburu kemenangan pada aksi separuh akhir pertama Piala FA.

SELANGOR harus mengakhir ‘badi’ tempat lawan dan kini wajib mendapatkan bekal lebih baik pada aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.

Selepas mengalami kekalahan dalam dua perlawanan di tempat lawan sebelum ini, pengendalinya, Nidzam Jamil dijangka akan melakukan kelainan terutamanya selepas hilang dua bintang import, Yohandry Orozco dan Reziq Bani Hani yang digantung perlawanan.

“Mungkin kita perlu buat sedikit perubahan dalam persiapan untuk hadapi perlawanan di tempat lawan. Kelainan ini bagi membolehkan kita tidak terlalu memikirkan tentang apa yang bakal berlaku.

“Apabila kalah aksi derbi menentang Kuala Lumpur City, ‘cederanya’ lebih sikit dan sekarang masanya untuk pasukan beri tindak balas. Saya tidak kata ia bagus untuk alami kekalahan sebaliknya kita kena pandang lebih ke depan.

“Untuk terus berkembang, kita kena lihat ke depan dan sentiasa bersiap sedia. Kita juga ada skuad yang seimbang dan penting untuk pemain memiliki minit permainan sebelum kita berjuang di Terengganu,” katanya.

Terdahulu, Selangor tewas dua kali berturut-turut di gelanggang lawan, tunduk 1-2 kepada Kuching City di pentas suku akhir Piala FA dan kalah 0-1 kepada KL City dalam saingan Liga Super, Ahad lalu.

Memandangkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dilabel sebagai pilihan untuk ke final, Nidzam kini tiada pilihan lain kecuali membenam Terengganu bagi memenuhi jangkaan peminat untuk menyaksikan pertemuan Selangor dan Harimau Selatan di perlawanan akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI