fbpx

Piala FA: Keramat gelanggang sendiri kelebihan buat TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC berjaya meraih empat kemenangan di gelanggang sendiri sebelum ini yang pastinya memberikan kelebihan buat mereka bertemu Selangor malam ini.

TERENGGANU FC (TFC) mahu memanfaatkan kelebihan laman sendiri bagi mencari bekalan selesa pada aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor malam ini.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, berkata, rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini menjadi tonik terbaik buat anak buahnya.

Beliau bagaimanapun menjangkakan bakal menerima tentangan sukar memandangkan Selangor yang merupakan naib juara Liga Super musim lalu bukannya calang-calang pasukan.

“Kami perlu melupakan kemenangan besar 7-0 secara agregat ke atas Sabah pada peringkat suku akhir sebelum ini.

“Kualiti pemain antara kedua-dua pasukan (TFC dan Selangor) juga agak seimbang di semua posisi,” katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu semalam.

Skuad The Red Giants bagaimanapun berkunjung ke Kuala Nerus turun tanpa kelibat dua ayam tambatan mereka iaitu Yohandry Orozco dan Reziq Bani Hani yang digantung perlawanan.

Steinbruckner tetap menjangkakan pertembungan skuad Sang Penyu dan Red Giants pasti sengit, namun optimis skuad kendaliannya memiliki sedikit kelebihan berdasarkan prestasi semasa sekaligus mara ke pentas final.

“TFC berada dalam momentum lebih baik dan memiliki rekod bersih di laman sendiri berbanding Selangor yang tewas 0-1 kepada KL City, minggu lalu.

“Jentera serangan dikemudi trio, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Ismaheel Akinade akan disandarkan untuk merobek gawang Selangor,” katannya.

Dalam perkembangan sama, Steinbruckner merasakan kehilangan Orozco dan Reziq Bani tidak begitu menjejaskan Red Giants kerana skuad itu memiliki ramai lagi pemain berkualiti seperti Roni Fernandez dan Alvin Fortes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI