fbpx

Perkhidmatan perbankan, penerbangan seluruh dunia terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa syarikat di Australia termasuk perbankan, saluran media dan syarikat penerbangan terjejas selepas mengalami gangguan IT. - ABC News

CANBERRA – Kebanyakan perkhidmatan perbankan, saluran media dan syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas selepas mengalami gangguan sistem teknologi maklumat (IT) secara besar-besaran, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini. 

Sebilangan penerbangan United Airlines di Lapangan Terbang Sydney di Australia terpaksa dibatalkan, manakala platform Bursa Saham London juga tidak beroperasi seperti biasa susulan gangguan itu.

Lapangan terbang Berlin menyatakan di platform X bahawa penumpang mengalami kelewatan untuk daftar masuk kerana ‘gangguan teknikal’.

Di Sepanyol pula, insiden seumpamanya turut dilaporkan dan mereka ‘sedang berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin’.

“Bagaimanapun, operasi diteruskan dengan menggunakan sistem manual,” kata pengendali lapangan terbang Sepanyol. 

Sementara itu, Microsoft berkata bahawa ia sedang mengambil ‘tindakan mitigasi’ berhubung gangguan sistem besar-besaran itu.

“Pemadaman sistem itu bermula kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) semalam.

“Kami sedang menyiasat dengan perkhidmatan awan di Amerika Syarikat (AS) dan isu yang memberi kesan kepada beberapa aplikasi dan perkhidmatan,” kata Microsoft. 

Pada masa sama, sebuah syarikat kereta api di Britain mengeluarkan amaran kepada penumpang berhubung ‘masalah IT yang meluas’.

“Pasukan IT kami sedang menyiasat secara aktif untuk mengenal pasti punca masalah ini.

“Selain itu, sistem utama yang lain turut terjejas dan kami akan memberikan kemas kini apabila kami boleh,” kata syarikat kereta api di Britain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI