fbpx

Pengangkutan awam dunia lumpuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 28 Januari 2020 menunjukkan logo Microsoft di Lille. – AFP 

SYDNEY – Gangguan besar-besaran mengakibatkan kerosakan pada sistem komputer global hari ini, menyebabkan penerbangan di Amerika Syarikat (AS) tergendala, gangguan siaran televisyen di Britain dan menjejaskan telekomunikasi di Australia.

Banyak syarikat penerbangan utama AS termasuk Delta, United dan American Airlines menghentikan semua penerbangan hari ini kerana ‘masalah komunikasi’, demikian menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Sebahagian besar penerbangan turut dibatalkan di Lapangan Terbang Berlin Brandenburg di Jerman kerana ‘masalah teknikal’, kata seorang jurucakap kepada AFP.

“Terdapat kelewatan untuk mendaftar masuk dan operasi penerbangan terpaksa dibatalkan,” kata jurucakap itu sambil menambah, beliau dia tidak dapat menyatakan bila operasi akan disambung semula.

Semua lapangan terbang di Sepanyol mengalami ‘gangguan’ teknologi maklumat (IT) yang melanda banyak syarikat di seluruh dunia pada hari ini, kata pengendali lapangan terbang Aena.

Lapangan terbang Hong Kong juga berkata, beberapa syarikat penerbangan telah terjejas, manakala pihak berkuasa mengaitkan masalah itu dengan gangguan terhadap Microsoft.

Sementara itu, pengendali kereta api terbesar Britain memberi amaran tentang kemungkinan pembatalan tren disebabkan masalah IT, manakala gambar yang disiarkan secara online menunjukkan barisan besar terbentuk di Lapangan Terbang Sydney di Australia.

“Mungkin terdapat kelewatan sepanjang malam ini,” kata seorang jurucakap Lapangan Terbang Sydney.

“Kami telah mengaktifkan pelan kontingensi kami dengan rakan kongsi syarikat penerbangan kami dan mengerahkan kakitangan tambahan ke terminal kami untuk membantu penumpang,” tambahnya.

Penyelaras Keselamatan Siber Kebangsaan Australia berkata, kegagalan teknikal berskala besar disebabkan masalah pada ‘platform perisian pihak ketiga’, sambil menambah belum ada maklumat yang mencadangkan penglibatan penggodam. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI