fbpx

[VIDEO] Pak cik Man bakal ke matahari naik mesin angkasa ciptaan sendiri esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki yang mengaku akan ke matahari dalam tempoh tiga hari.

PETALING JAYA – Hanya mengambil tempoh tiga hari, seorang lelaki yang gelarkan dirinya sebagai pak cik Man bakal bergelar manusia pertama akan jejakkan kaki ke sumber utama orbit iaitu matahari.

Melalui penjelasan lelaki tersebut dalam satu klip video yang tular di media sosial ketika ini, dia dikatakan telah menyiapkan mesin angkasanya dengan duit poketnya sendiri selama ini.

“Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana saya rakyat negara ini yang pertama akan sampai ke matahari, dijangka akan mengambil masa selama tiga hari sahaja.

“Saya akan bertolak pagi esok pukul 5 pagi, saya cipta mesin ke matahari ini dengan hasil duit poket sendiri. Pakcik Man orang pertama akan ke matahari, banggalah rakyat Malaysia,” jelas lelaki tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut ternyata terkejut dan geli hati dengan gelagat lelaki warga emas itu dan menyifatkan dia mungkin tidak berada dalam dunia realiti.

“Jauh pakcik nak pergi tu, bekal jangan lupa bawa. Pandangan saya pakcik pergi agak-agak biarlah sampai sebelah malam. Sebab say risau pakcik akan garing nanti,” jelas Khaiman Man.

“Mungkin campuran bahan toksik yang dimakan pakcik ini menjadi sangat. Saya harap impian pakcik Man naik ke matahari tercapai dengan selamat. Panas cuaca di sana tu pakcik,” kata Paksu Farm. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI