fbpx

Kerajaan semak semula Akta 482, pastikan industri pelancongan kekal relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan sempena Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan sedia menyemak semula Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) bagi memenuhi keperluan semasa industri itu selain merancakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan itu juga penting bagi memastikan industri pelancongan negara kekal berdaya saing untuk tempoh 20 akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Kabinet berkata, semakan ke atas akta itu telah pun dibincangkan oleh kementerian berkaitan.

“Kita akan sesuaikan (semakan akta) dengan situasi pasaran pelancongan sekarang. Ia sekurang-kurangnya boleh digunapakai untuk 20 tahun akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi lihat urus bersama penggiat industri pelancongan sempena kempen VNY2026 di sini, hari ini.

Akta 482 adalah sebuah undang-undang yang dibentuk untuk mempromosikan, mengembangkan, dan mengatur industri pelancongan di negara ini.

Mengulas persiapan kempen VMY2026, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan melakukan segmentasi pelancong bagi memastikan VMY2026 mencapai sasaran ketibaan 35 juta pelancong sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.

Menurutnya, kerajaan menghargai kehadiran pelancong sedia ada ketika ini namun, apa yang penting kempen itu juga boleh menarik lebih ramai pelancong berkualiti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI