fbpx

Keputusan STPM 2023 diumum Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 41,548 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing pada Selasa depan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan berkata, calon terlibat boleh membuat semakan keputusan menerusi beberapa kaedah seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) serta dalam talian.

“Bagi calon sekolah kerajan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian, mereka boleh mendapatkan keputusan secara SMS dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

“Sistem itu akan diaktifkan bermula pukul 11 pagi pada 23 Julai sehingga 12 tengah hari pada 30 Julai depan,” katanya, hari ini.

MPM berkata, semakan juga boleh secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula pukul 11.30 pagi pada 23 Julai.

“Sebanyak 41,548 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2023 di 657 buah pusat peperiksaan seluruh negara dengan sebanyak 16,387 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan itu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI