fbpx

‘Kalau guru pun nak menjual, apa guna kantin sekolah?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan sebuah koperasi menjual pelbagai makanan dan minuman kepada murid sekolah tersebut.

PETALING JAYA – Seorang pengusaha kantin melahirkan rasa kecewanya apabila beberapa guru turut menjual makanan dan minuman di sebuah koperasi walaupun terdapat kantin di sekolah terbabit.

Kelihatan di dalam video yang dimuat naik di TikTok @kim_selat, bukan sahaja kuih-muih malah makanan berat seperti nasi lemak, bihun goreng, spageti, roti john dan pelbagai hidangan lain turut dijual di koperasi berkenaan bagi menarik perhatian murid.

Menerusi rakaman video itu lagi, pengusaha kantin tersebut turut mempersoalkan adakah beberapa pelajar yang menjaga kiosk terbaik sudah mendapatkan suntikan sebelum mengendalikan makanan.

Katanya, sepatutnya guru yang bertanggungjawab perlu mengambil maklum supaya tidak sewenang-wenangnya menjual makanan atau minuman melebihi pihak kantin sekolah.

“Pelik betul lah, pihak sekolah dan pengetua tak ambil tahu ke tentang masalah ni. Mana boleh cikgu-cikgu berniaga dekat sekolah.

“Kan dah ada kantin, banyak pula tu jual makanan dan minuman. Apa guna ada kantin, kalau cikgu pula nak berniaga? Baik tak payah buka kantin.

“Teruk sangat dah ni. Bukan hari sukan je buka, saya tengok hari-hari dah menjual macam ni. Harap pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya,” keluh peniaga itu.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.1 juta tontonan, 17,700 tanda suka dan 2,584 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati majoriti pengguna turut bersetuju dengan pengusaha kantin tersebut kerana dianggap telah menganggu ‘periuk nasi’ nya.

“Betul lah tu. Cikgu pun agak-agaklah. Cikgu semestinya dah ada gaji tetap. Tapi pada makcik kantin, itulah kerjanya cari duit. Betul lah tu tak ada suntikan, siap peti ais ada aiskrim bagai. Memang kesianlah dengan makcik itu,” komen Sheila.

“Saya urus kantin saya faham perasaan makcik ni. Macam aku dalam ‘tender’, tak boleh jual jajaln atau air gas. Tapi koperasi sekolah tempat aku berlambak jajan, pastu sampah buang dekat kantin,” komen Rizal.

“Tak wajarlah cikgu jual makanan berat walau nak didik keusahawanan pelajar atau tambah dana sekolah. Pengusaha kantin masuk ‘tender’ bagai. Ikutlah syarat-syarat ditetapkan pihak sekolah,” komen Shahrulnizam pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI