fbpx

JDT enggan berlembut jumpa Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT tidak mahu berlembut apabila turun menentang KDA FC di Stadium Darul Aman dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA malam ini.

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio tidak mahu anak-anak buahnya terlalu berlembut dan terikut-ikut dengan taktikal Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman malam ini.

Sebaliknya, jurulatih itu mahu pemainnya ‘cepat panas’ sekali gus mampu mengganggu mental pasukan lawan yang pastinya mengidam untuk meraih keputusan positif sebelum menghadapi perhitungan kedua di Iskandar Puteri bulan depan.

“JDT adalah pasukan yang menerapkan corak mengawal permainan,” kata Bidoglio merujuk kepada kualiti pemain-pemainnya ketika menewaskan Sabah minggu lalu.

Walaupun di awal musim pasukan tuan rumah dihimpit isu gaji, namun keputusan yang diraih pada aksi sebelum ini agak positif apabila KDA FC kekal tanpa kalah dalam lima perlawanan terakhir.

Malah, Bidoglio juga pastinya waspada dengan ancaman KDA FC yang berjaya meraih keputusan seri 3-3 pada pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super pada Ogos tahun lalu.

Kelibat Romel Morales dijangka sekali lagi bakal memainkan peranan besar buat Harimau Selatan selepas bintang naturalisasi negara itu cemerlang merekodkan lima gol dalam tiga aksi terakhir.

Seakan tiada jalan lain, Bidoglio kini harus merangka kesebelasan terbaik terutamanya bagi mengekang kelincahan penyerang import KDA FC, Sony Norde.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI