fbpx

Istiadat Pertabalan Agong ke-17: Cuaca diramal baik esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca baik semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim esok.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, keadaan cuaca mendung diramal berlaku di sebelah pagi manakala pada waktu petang dan malam pula dijangka tiada hujan berlaku.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut menyampaikan ucapan tahniah terhadap Seri Paduka Baginda sempena Pertabalan esok.

“Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai bersamaan 14 Muharam 1446H.

“Sembah takzim daripada Warga Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, istiadat itu bakal diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan, enam acara sampingan diadakan bersempena istiadat itu.

“Acara sampingan itu bermula dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 18 Julai di Masjid Negara diikuti Khutbah Khas Solat Jumaat di masjid sama pada keesokan hari.

“Acara terakhir adalah Majlis Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai nanti di Istana Negara. Turut diadakan Majlis Santapan Diraja di istana tersebut pada 20 Julai, disusuli lawatan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli di Gombak, Selangor pada 23 Julai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI