fbpx

Guru pukul, tendang budak autistik direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang guru yang disyaki menendang dan memukul seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia enam tahun di pusat jagaan di Kelana Jaya, di sini, direman tujuh hari untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, lelaki berusia 32 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 25 Julai depan.

“Polis juga telah merekod keterangan ayah mangsa berusia 36 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya hari ini.

Semalam, Kosmo! polis menerima satu laporan kejadian seorang guru disyaki memukul, menendang, dan menarik seorang kanak-kanak autistik sehingga terjatuh daripada kerusi.

Susulan itu, guru terbabit ditahan di kediamannya di Ampang, Selangor, semalam.

Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati turut terdapat kesan kecederaan gigitan pada tangannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI