fbpx

Dua kapal dagang berlanggar, APMM gerak operasi Carilamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Johor menggerakkan Operasi Carilamat susulan insiden perlanggaran dua buah kapal di kedudukan 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Johor menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) susulan insiden perlanggaran dua buah kapal di kedudukan 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 6.55 pagi itu melibatkan kapal MT Hafnia Nile dengan MT Ceres 1.

Katanya, pangkalan hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian kejadian.

“Maritime Rescue Sub Center (MRSC) telah mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Niah, Bot PERKASA 29 bot PETIR 12 dari Maritim Malaysia, KD Gempita dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ke lokasi kejadian untuk tindakan Carilamat kedua-dua kapal tersebut.

“Aset Maritim Malaysia, bot Perkasa 29 telah tiba di lokasi insiden pada pukul 9.50 pagi dan menemui kedua-dua kapal tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga memaklumkan satu sidang media dijangka diadakan di Tanjung Sedili, esok.

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dimaklumkan berkenaan insiden tersebut bagi tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.

Pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI