fbpx

Demi ‘comeback’, penerbit Haji Zil sudi ambil Ruhainies berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAJI Zil berharap Ruhainies tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan kemarahan ramai.

PETALING JAYA – “Lebih baik berdiam diri atau minta maaf.”

Demikian respons penerbit Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zil mengenai kontroversi yang melanda pelakon, Ruhainies ketika ini.

Menurutnya, Ruhainies tidak seharusnya melakukan sesuatu yang boleh membuatkan kontroversi berkaitan dirinya berlarutan sehingga terus menjadi bahan kecaman netizen.

“Kalau boleh dia berhentilah daripada terpalit dengan kontroversi yang melanda ketika ini.

“Saya tidak menyokong tetapi dia harus lakukan sesuatu untuk ‘comeback’ dalam industri.

“Saya kasihan melihat sambutan ramai terhadap drama terbaharunya, Terjerat (lakonan bersama Aliff Aziz) kerana menerima kecaman teruk,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

Dia juga menasihatkan aktres berusia 31 tahun itu tidak terus mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memakan dirinya semula.

“Saya sebagai individu yang agak rapat memang kasihan. Dia pun ada cakap dengan saya, sedikit kecewa yang selama ini ada kawan industri baik tetapi sekarang turut menghentam.

“Saya rasa dia tak payah keluarkan kenyataan dan sebarang komen sebab lebih baik berdiam diri atau minta maaf.

“Kalau tersalah cakap risau viral mcm isu tak boleh menangis depan kamera,” ujarnya.

Ujar Haji Zil, dia tidak keberatan untuk mengambil pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu berlakon dalam drama terbitannya tetapi perkara tersebut tetap bergantung kepada keputusan dan pendirian pihak stesen televisyen.

“Saya kasihan sebab dia baik dengan saya. Dia nak cari makan dengan industri sahaja.

“Dia ada tanya saya sama ada berani atau tidak nak ambil dia berlakon.

“Saya hanya jawab, tiada masalah kalau stesen TV boleh terima, saya okey sahaja sama ada dia atau Aliff,” jelasnya.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies kembali menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Sementara, pada 3 Julai lalu, dua pelakon itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat tersebut.

Mahkamah seterusnya menetapkan prosiding seterusnya akan disambung pada 17 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI