fbpx

Bola naikkan gaji dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan pemandangan dari udara bandar Abuja. – AGENSI

ABUJA  –  Presiden Bola Ahmed Tinubu semalam bersetuju menaikkan gaji minimum bulanan lebih dua kali ganda kepada 70,000 naira (RM202) ketika Nigeria bergelut dengan krisis kos sara hidup yang teruk.

Tahap gaji baharu itu terpakai kepada semua pekerja persekutuan, daripada penjawat awam hinggalah kepada kakitangan lapangan terbang dan guru. Bagaimanapun, kenaikan daripada gaji minimum sebelum ini sebanyak 30,000 naira (RM87)  itu adalah  jauh lebih rendah daripada yang dituntut kesatuan-kesatuan pekerja.

“Presiden Bola  meluluskan gaji minimum 70,000 naira untuk pekerja Nigeria dengan janji mengkaji semula undang-undang gaji minimum negara setiap tiga tahun,” kata penasihat media kepada presiden, Bayo Onanuga di laman X.

Onanuga berkata, Bola mengumumkan keputusan itu pada pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja di Abuja.

Sejak memegang jawatan setahun lalu, Bola telah menamatkan subsidi bahan api dan melaksanakan kawalan mata wang yang menyebabkan harga petrol naik tiga kali ganda serta kos sara hidup melonjak selepas nilai mata wang naira susut berbanding dolar Amerika Syarikat.

Nigeria selaku negara paling ramai penduduk di Benua Afrika telah menyaksikan beberapa siri mogok buruh sejak beberapa bulan lalu, manakala kesatuan-kesatuan sekerja mendesak kenaikan gaji.

Protes kesatuan sekerja mengakibatkan grid nasional ditutup dan penerbangan domestik tergendala, manakala pejabat persekutuan, pelabuhan, stesen minyak dan mahkamah tidak dapat beroperasi.

Pada masa mogok di seluruh negara bulan lepas, kesatuan-kesatuan  sekerja menuntut gaji bulanan minimum sebanyak 494,000 naira(RM1,423). – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI