fbpx

AGC tolak representasi Guan Eng, bicara disambung 8 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUAN ENG.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen, di sini hari ini diberitahu, Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan oleh Lim Guan Eng bagi mengugurkan empat pertuduhan rasuah berkaitan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Hakim Azura Alwi menetapkan perbicaraan kes terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang disambung pada 8 Ogos seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Mahkamah dijadualkan menyambung prosiding mencabar kredibiliti saksi pendakwaan ke-23, Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli.

Terdahulu, Timbalan Peendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan, pihak AGC telah mengkaji representasi yang dikemukakan oleh Guan Eng dan memutuskan untuk menolaknya.

“Representasi itu dihantar pada 28 Jun lalu dan ditolak pada awal bulan ini,” ujar beliau pada sebutan kes bagi memaklumkan perkembangan representasi berkenaan.

Sementara itu, peguam Haijan Omar memberitahu, kehadiran Guan Eng dikecualikan pada prosiding hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Guan Eng mengemukakan representasi atas alasan terdapat percanggahan keterangan Zarul Ahmad yang juga saksi utama pendakwaan ketika memberi keterangan di mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI