fbpx

56 daripada 129 menara inisiatif Jendela telah beroperasi di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi penerangan peralatan telekomunikasi menggunakan teknologi MOCN.

PETALING JAYA – Sebanyak 129 menara baharu telah dirancang di negeri Johor menerusi inisiatif pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, daripada jumlah tersebut, setakat suku kedua 2024, sebanyak 56 menara komunikasi telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya manakala selebihnya dalam peringkat pelaksanaan.

Katanya, dijangkakan semua menara komunikasi di bawah pelan Jendela 1 akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

“MCMC komited dalam memastikan pelan Jendela berjalan seperti yang telah dirancang agar rakyat berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar berkualiti untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Nie Ching pagi tadi telah mengadakan lawatan kerja ke tapak menara komunikasi di daerah Kulai yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Melalui lawatan tersebut, seramai 1,500 penduduk di dua kampung iaitu Kampung Murni Jaya 2 dan Kampung Tersusun Murni Jaya di Kulai dan kawasan sekitarnya kini dapat menikmati kualiti perkhidmatan Internet yang lebih baik apabila dua menara komunikasi siap dibina dan diaktifkan melalui penggunaan teknologi Multi Operator Core Network (MOCN).

Bagi penduduk di Kampung Murni Jaya 2, mereka boleh menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh CelcomDigi dan Maxis manakala penduduk di Kampung Tersusun Murni Jaya pula menerima perkhidmatan lebih baik daripada CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

Selain itu, pembinaan menara-menara komunikasi ini dijangka akan memperluas dan meningkatkan kualiti liputan di kawasan yang bermasalah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI