fbpx

Watie dah ‘pandai’ bergaun senteng, berstoking jarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMAKIN cantik namun gaya Watie dikritik netizen.

DIPUJI mampu menjaga anak-anak tiri dengan baik, namun terbaharu isteri kepada Shuib, Watie Hanifiah menjadi sasaran kecaman netizen.

Semua itu gara-gara beberapa gambar menunjukkan gaya pemakaiannya yang dikongsikan dalam media sosial.

Menerusi foto bergandingan dengan suaminya, usahawan terbabit menggayakan dres rona merah jambu dipadankan dengan blaus lengan panjang putih.

Cuma, netizen kurang selesa apabila gaun singkat tersebut diacu dengan stoking jarang warna ‘nude’ yang dikatakan tidak sesuai buat wanita berhijab.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengakui lebih suka imej biasa Watie tanpa perlu bergaya sebegitu.

Apa pun pelbagai komen berupa nasihat tidak dibalasnya tetapi Mizz Lahar percaya wanita yang murah senyuman itu ambil maklum dengan ingatan ramai.

MIZZ LAHAR: Kasihan sebenarnya dengan Nonny Nadirah yang sanggup beraksi ‘berani’ demi jual produk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI