fbpx

Wanita mati ditikam, polis buru suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mg Myo diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh isterinya di Batu Maung, Pulau Pinang.

BALIK PULAU – Seorang wanita maut dipercayai ditikam dengan senjata tajam pada leher, dada dan kaki di tingkat tiga, Flat Taman Indah, Batu Maung, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, orang awam menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan mendapati mangsa disyaki warga asing berusia 30-an ditemukan terlentang di kaki lima tingkat tiga di flat tersebut.

”Pemeriksaan awal mendapati ada kesan luka tikaman pada leher, dada dan kaki disyaki disebabkan senjata tajam. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Susulan kejadian itu, usaha mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang juga suami bernama Khin MH Myo, 34, sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan A. Ganthan di talian 014-9237366 atau 04-8662222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI