fbpx

[VIDEO] Perjalanan terakhir Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Nur Farah Kartini (gambar kecil) dibawa ke Pekan, Pahang untuk disolatkan dan dikebumikan menaiki van jenazah UPSI. - Foto oleh MOHD. FARIZWAN HASBULLAH/ KOSMO!

SUNGAI BULOH – Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang maut dipercayai dibunuh oleh kenalannya telah selesai dituntut oleh ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham dibawa menaiki van jenazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diiringi kenderaan pengiring polis serta ahli keluarga beredar dari pekarangan hospital pada pukul 2.05 petang.

Terdahulu, abang mangsa, Mohd. Farriza Amir, 28, mengesahkan jenazah Nur Farah Kartini akan dikebumikan di Pekan, Pahang sekitar pukul 6 petang hari ini.

Katanya, sebelum itu jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai 204, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan mayatnya dijumpai oleh pihak polis di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai depan untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI