fbpx

[VIDEO] Mayat sah Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga Allahyarham dilihat tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh sekitar pukul 11 pagi tadi. - Foto oleh MOHD. FARIZWAN HASBULLAH / KOSMO!

SUNGAI BULOH – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu adalah Nur Farah Kartini Abdullah.

Katanya, ia selepas hasil ujian sampel asid deoksiribonukleik (DNA) ibu Nur Farah Kartini sepadan dengan mayat tersebut.

Tambah Hussein, jenazah Nur Farah Kartini akan dituntut oleh pihak keluarga di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini.

“Ya. Mayat akan diserah hari ini. DNA positif. Mayat adalah Nur Farah Kartini,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, pada Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai depan untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI