fbpx

Undang-undang tangani buli siber bakal digubal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani insiden buli siber.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, undang-undang itu antara lain perlu menitikberatkan kepada perubahan medium komunikasi pada masa hadapan dan keperluan semasa.

“Perkara ini dibincang dalam Mesyuarat Berkaitan Isu Buli Siber secara bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Digital Gobind Singh, semalam,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas) yang ingin tahu mengenai inisiatif kerajaan dalam menggubal undang-undang khusus melibatkan kerjasama rentas kementerian bagi menangani insiden buli siber.

Katanya, antara undang-undang sedia ada terkait buli siber ialah Seksyen 503 dan 509 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dan perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

“Ia juga termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

“Ini adalah antara contoh peruntukan sedia ada yang boleh diguna pakai bagi menangani kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan buli siber ini, bergantung kepada bentuk buli yang dilakukan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI