fbpx

Tuchel tawar diri ganti tempat Southgate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL mempunyai resume terbaik dan dikatakan bersedia untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Southgate. - AFP

LONDON – Jawatan pengurus bola sepak England kini menjadi rebutan selepas penyandangnya, Gareth Southgate mengumumkan peletakan jawatan susulan kekalahan pada perlawanan akhir Euro 2024 baru-baru ini.

Antara nama yang menunjukkan minat dengan kerusi panas tersebut adalah bekas pengendali Chelsea dan Bayern Munich, Thomas Tuchel memandangkan beliau juga tidak terikat dengan mana-mana kelab ketika ini.

Meskipun ada beberapa nama lain termasuk Eddie Howe dan Graham Potter yang dikaitkan dengan jawatan tersebut, namun sebahagian besar penyokong The Three Lions mendesak Persatuan Bola Sepak (FA) England supaya melantik Tuchel.

Difahamkan, pengendali kelahiran Jerman itu sudah bersedia sepenuhnya jika khidmatnya diperlukan bagi membimbing England dalam persiapan bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Kredibiliti Tuchel selaku jurulatih tidak boleh dipertikaikan lagi apabila beliau berjaya mengemudi Chelsea memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia selain dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik FIFA.

Justeru, beliau dilihat sebagai calon terbaik bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Southgate jika mengambil kira pencapaian calon-calon lain yang turut dikaitkan dengan kerusi panas berkenaan.

Terdahulu, Manchester United juga pernah melakukan rundingan bagi mendapatkan khidmat Tuchel, namun skuad The Red Devils membatalkan hasrat tersebut dan kekal dengan pengurus sedia ada, Erik ten Hag.

Ada spekulasi mendakwa bahawa Tuchel sebenarnya menolak tawaran bagi mengendalikan United kerana beliau sudah memasang hasrat untuk menjadi pengurus skuad The Three Lions itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI