fbpx

The Simpsons nafi siar ramalan Trump dalam keranda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARTUN The Simpson yang menunjukkan Trump meninggal dunia sebenarnya adalah palsu. - Foto 4chan

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Pencipta kartun The Simpsons menafikan bahawa siri keluaran syarikat penyiaran Fox itu ada memaparkan babak bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berbaring di dalam keranda, lapor laman berita MailOnline semalam.

Selepas seorang pemuda, Thomas Matthew Crooks yang berusia 20 tahun cuba membunuh Trump pada Sabtu lalu, khabar angin mula tersebar di media sosial bahawa The Simpsons  pernah memaparkan adegan yang menunjukkan pemimpin itu terbunuh dalam satu tembakan.

Kartun menyerupai Trump yang berada di dalam keranda, dengan cepat menjadi tular di media sosial.

Namun, menurut penulis siri kartun itu, Matt Selman, babak tersebut tidak pernah muncul dalam rancangan televisyen tersebut.

Dia sekali gus mengesahkan bahawa kartun yang kini menjadi viral di media sosial itu sebenarnya palsu.

“Imej Donald Trump dalam keranda tidak pernah muncul dalam The Simpsons,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI