fbpx

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang ucap takziah kematian Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dimuat naik dalam laman Facebook Kesultanan Pahang menerusi satu hantaran hari ini.

PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini.

“Kebawah Duli Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan bersabar dengan ujian ini,” kata laman Facebook Kesultanan Pahang menerusi satu hantaran hari ini.

Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan pada pukul 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, di Pekan, Pahang hari ini.

Mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor Isnin lepas selepas dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Berikutan itu polis menahan seorang lelaki yang juga anggota polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI