fbpx

Sathiya perlukan 2-3 bulan untuk sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Sathiya diserang penyakit angin ahmar.

PETALING JAYA – Pelakon Sathiya memerlukan dua hingga enam bulan untuk pulih akibat serangan angin ahmar baru-baru ini.

Anaknya, Vickyneswry, 34, berkata, tahap pemulihan pelawak yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu bergantung kepada rawatan yang diambil dalam tempoh berkenaan.

“Pertuturannya normal, cuma kadang-kadang dia masih terasa kebas di bahagian kaki dan tangan.

Menurut doktor, proses pemulihan mungkin mengambil antara dua hingga tiga bulan, bergantung kepada rawatan.

“Setakat ini, dia disarankan melakukan rawatan akupuntur dan makan ubat. Tak perlu lakukan fisioterapi,” katanya.

Menurut Vickyneswry atau Vicky, serangan tersebut adalah kali kedua selepas pertama kali dialami bapanya beberapa tahun lepas.

“Bapa saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis tetapi tidak pernah lupa makan ubat.

“Tapi kelmarin dia mengadu kebas tangan dan kaki dan segara dibawa ke klinik berdekatan sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan, mendapati dia diserang angin ahmar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Vickyneswry berterima kasih atas keprihatinan peminat dan kenalan bapanya sepanjang tempoh pelakon itu jatuh sakit.

Ramai yang hubungi dia, tak kurang juga yang bertanyakan keadaannya di media sosial, semua risaukan dia.

“Keadaannya stabil dan dia ucap terima kasih kepada semua yang bertanyakan tentangnya,” jelasnya lagi.

Kelmarin, Sathiya dikejarkan ke HKL selepas mengalami kebas pada kaki dan tangan dan kini keadaannya dilaporkan dalam keadaan stabil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI