fbpx

Ribut Matahari cetus amaran gangguan gelombang radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan ribut Matahari. - AGENSI

WASHINGTON – Matahari membebaskan lebih 12 aliran zarah bertenaga ke Bumi dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus mencetuskan amaran gelombang radio terputus, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) mengeluarkan amaran tersebut semalam, yang berkemungkinan menyebabkan 65 peratus isyarat radio, komunikasi penerbangan dan operasi satelit terganggu dalam minggu ini.

Agensi itu melaporkan bahawa gelombang radio terputus di beberapa bahagian Lautan Pasifik dan kawasan lain pada pagi semalam.

Sementara itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberitahu MainOnline bahawa ribut Matahari dijangka berlaku dalam beberapa minggu akan datang.

Ribut Matahari ialah letusan sinaran elektromagnet.

Ia meletus keluar dari bintik Matahari dan terdapat sekurang-kurangnya 12 bintik aktif pada masa ini di bahagian yang menghadap Bumi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI