fbpx

Rampasan kokain terbesar dalam sejarah Paraguay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pihak berkuasa berdiri di sebelah karung gula berisi kokain semasa serbuan di pelabuhan Puerto Caacupemi, Asuncion pada 15 Julai lalu. - AFP

ASUNCION – Pihak berkuasa Paraguay merampas lebih 4,000 kilogram kokain dengan nilai pasaran sekitar AS$240 juta (1.1 bilion) yang disembunyikan di dalam penghantaran gula menuju ke Belgium, lapor saluran berita CNN.

Menurut agensi antidadah Senad, operasi dinamakan Operasi Kemanisan itu adalah yang terbesar dalam sejarah negara dan dilakukan di pelabuhan bandar ibu kota, Asuncion.

Ujarnya, selepas mengesan penghantaran yang mencurigakan, ia menyelaras dengan agensi kerajaan lain untuk melakukan serbuan.

“Semua prosiding penyiasatan tertumpu kepada struktur jenayah yang menggerakkan logistik penghantaran barangan bersaiz mega terutamanya ke benua Eropah,” kata agensi tersebut.

Menteri Senad, Jalil Rachid memberitahu rangkaian televisyen Paraguay ABC bahawa seorang individu ditahan, yang merupakan pemandu lori yang menurunkan penghantaran dadah di pelabuhan. 

Presiden Santiago Pena berkata, Paraguay digunakan oleh organisasi-organisasi antarabangsa sebagai laluan dadah. 

“Ini adalah isyarat kepada kumpulan jenayah terancang supaya berhenti menggunakan Paraguay kerana mereka akan dihalang oleh pihak berkuasa,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI