PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kecewa dengan sikap penyewa premis Mara yang tidak jujur.
Beliau berkata, penyewa terbabit mengambil kesempatan menyewa premis Mara yang murah untuk tujuan tidak sepatutnya.
“Ramai ambil kesempatan sewa murah, jadikan premis Mara tempat stor atau tidak buka,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, perbuatan tersebut menyebabkan bazar, arked dan premis Mara yang lain menjadi lesu.
Justeru, katanya, Mara akan mengambil tindakan tiga bulan notis keluar kepada penyewa terlibat sebelum tindakan mahkamah menyusul. – KOSMO! ONLINE