fbpx

Produk halal berkait perubatan dapat permintaan tinggi – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Produk halal Malaysia berkait perubatan mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa selain daripada sektor makanan dan minuman (F&B).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, industri halal negara ketika ini hanya tertumpu kepada sektor F&B semata-mata sedangkan permintaan produk halal, termasuk di peringkat antarabangsa meliputi banyak aspek.

Jelas Ahmad Zahid , selain produk halal berkait perubatan , ramuan untuk penghasilan produk juga mendapat permintaan tinggi.

“Dalam industri halal, malang sekali, hanya sektor F&B saja yang menjadi tumpuan. Untuk ke peringkat antarabangsa, kita harus usahakan supaya aspek lain dilakukan, seperti vaksin dan paling penting, penyediaan bahan ramuan kepada produk berkaitan halal di peringkat antarabangsa.

“Serai dan lengkuas, umpamanya atau bahan herba sangat diperlukan di peringkat antarabangsa untuk keluaran kosmetik dan bahan lain. Namun, kita lihat usaha sudah dilakukan tetapi kecil-kecilan.

“Justeru, Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi dengan pihak negeri, industri dan agensi lain supaya tanah terbiar dan kurang digunakan dapat ditanam dan mengeluarkan ramuan diperlukan bagi pengeluaran produk halal di peringkat antarabangsa,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) mengenai pencapaian Taman Industri Halal di Malaysia, selain syarikat antarabangsa yang dilihat tidak mengambil kesempatan untuk mengguna-pakai pengiktirafan halal Malaysia untuk produk mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI