fbpx

Pemandu e-hailing tinggal dalam kereta hilang sejak 14 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahrul Asyraf Dahlan.

AMPANG – Seorang pemandu e-hailing yang tinggal di dalam kereta dilaporkan hilang dengan kali terakhir dapat dihubungi pada 12 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 4.17 petang, Ahad lepas.

Syahrul Asyraf Dahlan, 33, kali terakhir dapat dihubungi melalui panggilan telefon oleh ahli keluarganya yang tinggal di Melaka pada 12 Julai lalu.

“Lelaki itu memandu kereta Proton Persona berwarna coklat dengan nombor pendaftaran VCE 4826 pada 12 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki itu tinggal di kawasan Lembah Klang dan hanya tidur dalam kereta miliknya sejak bekerja sebagai pemandu e-hailing.

“Tarikh 3 Julai lalu merupakan kali terakhir beliau menetap di rumah salah seorang ahli keluarganya di Pandan Jaya,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42524866.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI