fbpx

Pelajar universiti di Bangladesh enggan berganjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menembak gas pemedih mata ke arah para pelajar di Universiti Dhaka, semalam. - AFP

DHAKA – Pelajar institusi pengajian tinggi yang menyertai tunjuk perasaan di Bangladesh enggan berganjak daripada tuntutan mereka terhadap pembaharuan dalam sektor pekerjaan awam, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Ia berlaku di tengah-tengah penutupan sepenuhnya institusi pendidikan di seluruh negara ketika pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan berterusan.

Enam orang terbunuh semalam dalam pertempuran di seluruh negara ketika dua kumpulan pelajar yang bermusuhan menyerang antara satu sama lain.

Mereka melempar batu bata dan batang buluh sebelum polis menyuraikan rusuhan menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah.

Hari keganasan terburuk sejak demonstrasi yang bermula bulan ini tersebut mendorong kerajaan Perdana Menteri, Syeikh Hasina mengarahkan penutupan sekolah dan universiti di seluruh negara sehingga tarikh diberitahu kelak.

Bagaimanapun, pelajar-pelajar enggan mengosongkan kampus terutamanya di Universiti Dhaka yang menjadi lokasi pusat bagi tunjuk perasaan itu.

Mereka ‘menawan’ beberapa lokasi universiti itu termasuk berhampiran kediaman Naib Canselor untuk mendesaknya supaya membatalkan keputusan penutupan institusi pengajian tinggi awam tersebut.
Beribu-ribu pelajar melakukan demonstrasi selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk kakitangan kerajaan yang telah dimansuhkan pada 2018.

Di bawah sistem itu, sebanyak 30 peratus daripada kuota semasa iaitu 56 peratus bagi pekerjaan dalam sektor awam, dikhaskan untuk ahli keluarga pahlawan yang berjuang dalam perang pembebasan pada 1971.

Para pelajar menuntut agar kuota tersebut dimansuhkan dan diberikan kepada calon lain berdasarkan sistem merit. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI