fbpx

Nurul Fatihah hilang sejak Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Fatihah

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di rumahnya dekat Jalan PJU 7/8, Desa Temuan Damansara Perdana, di sini pada 15 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, remaja dikenali sebagai Nurul Fatihah Abdullah berusia 15 tahun kali terakhir dilihat berada di rumahnya sekitar pukul 5.30 petang Isnin lalu.

“Remaja berkenaan berketinggian 170 centimeter (cm) dengan warna kulit hitam manis, berambut hitam, hidung lebar, mata coklat dan bibir mulut nipis.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk tindakan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI