fbpx

Musim durian di Terengganu bermula minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fadlee (kanan) menunjukkan sebahagian buah-buahan tempatan yang dibawa pada Kempen Lebihkan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Tempatan peringkat Terengganu di SK Bukit Keluang, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Musim durian di Terengganu dijangka bermula minggu depan dengan anggaran 3,600 metrik tan bakal luruh di seluruh negeri ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Mohd. Fadlee Hassan berkata, sebelum ini kebanyakan bekalan durian di negeri ini diambil dari Johor dan Perak.

“Harga ladang durian kampung dan kahwin tersebut dianggarkan antara RM7 dan RM10 sekilogram.

“Saya yakin ia harga terbaik buat pengusaha dusun dan kebun durian Terengganu,” katanya pada Kempen Lebihkan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Tempatan peringkat Terengganu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Keluang di sini hari ini.

Mohd. Fadlee memberitahu pengeluaran durian di Terengganu pada tahun ini merosot hampir 40 peratus berbanding tahun lalu iaitu kira-kira 6,000 metrik tan.

Beliau berkata, kemerosotan pengeluaran durian bukan sahaja berlaku di Terengganu tetapi negeri-negeri lain kecuali beberapa kawasan utara tanah air ekoran faktor cuaca tidak menentu.

“Banyak putik gugur tidak sempat berkembang dan buah durian musim ini juga bersaiz lebih kecil berbanding kebiasaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI