fbpx

‘Muffin’ telah kembali ke pangkuan Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muffin kucing milik Rafizi yang dilaporkan hilang sebelum ini.

PETALING JAYA – Kucing kesayangan milik Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang diberi nama ‘Muffin’ akhirnya pulang kembali ke rumahnya di Presint 10, Putrajaya selepas lima hari hilang.

Rafizi menerusi laman X rasminya memaklumkan, kucing yang berwarna campuran jingga dan putih itu telah pulang ke rumahnya bersama sedikit kecederaan di badannya.

“Muffin dah balik sendiri pagi ini dengan sedikit kecederaan, berkemungkinan masa dia terjun dari bumbung, ya dia suka panjat pagar naik bumbung tapi semuanya dalam keadaan baik,” jelasnya di hantaran tersebut.

Rafizi turut berterima kasih kepada orang ramai yang turut mendoakan dan membantu mengulang siar hantarannya sebelum ini.

Sebelum ini, Rafizi Ramli memaklumkan bahawa kucing peliharaannya itu sudah dua hari tidak pulang ke rumah.

Susulan itu, Rafizi menyeru orang ramai yang tinggal berhampiran rumahnya di Presint 10, Putrajaya untuk segera menghubunginya sekiranya terserempak dengan kucing kesayangannya itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI