fbpx

Mohd. Azmawi kerja kuat mahu rampas semula DUN Nenggiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmawi tekad mahu merampas semula kerusi DUN Nenggiri.

KOTA BHARU – Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bertekad akan bekerja kuat untuk merampas semula kerusi DUN tersebut.

Menurutnya, beliau cuba sedaya upaya untuk mendapatkan semula undi majoriti rendah yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

“Saya masih terkejut dengan pengumuman sebagai calon PRK DUN Nenggiri oleh Datuk Jazlan Yaakub (Pengerusi BN Kelantan). Saya baru dimaklumkan secara rasmi sebentar tadi.

“Justeru, saya perlu berpijak di bumi yang nyata. Kita tahu PN menang di DUN Nenggiri pada PRN yang lalu dengan majoriti 810 undi. Jadi, saya perlu bekerja keras untuk merampas semula kerusi itu pada PRK kali ini,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Kelantan, di sini hari ini.

Mohd. Azmawi memberitahu, beliau mahal menjadikan DUN Nenggiri lebih baik tanpa mengira fahaman politik sekiranya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan tersebut.

Menurutnya, meskipun DUN Nenggiri merupakan kawasan majoriti orang Melayu, beliau mahu membela semua pihak tanpa mengira warna kulit.

“Itu pegangan yang diajar di dalam UMNO dan BN,” ujarnya.

Mohd. Azmawi merupakan merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang yang dipilih pada pemilihan parti pada 2018 dan dipilih sekali lagi dalam pemilihan parti tahun lalu.

Beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan pada tahun lalu dan sentiasa bergiat aktif dalam politik sebelum memegang jawatan tersebut selain turut komited pada kegiatan belia selain kesukarelawan melalui beberapa NGO yang disertai.

Calon BN PRK DUN Nenggiri itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Universiti Utara Malaysia selain menerima anugerah dan pencapaian diperingkat belia termasuk Johan Anugerah Belia Perdana 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI