fbpx

MITI umum nilai dagangan tertinggi hampir RM1.4 trilion separuh pertama 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan nilai dagangan tertinggi sebanyak RM1.396 trilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 8.4 peratus tahun ke tahun.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, nilai dagangan negara mengekalkan pertumbuhan secara konsisten sejak Januari, dengan kenaikan sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Jun lalu kepada RM237.81 bilion.

“Pada Jun 2024, eksport telah mencatatkan pertumbuhan untuk bulan ketiga berturut-turut dengan peningkatan sebanyak 1.7 peratus kepada RM126.05 bilion, manakala import meningkat 17.8 peratus kepada RM111.76 bilion.

“Antara inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sepanjang suku kedua 2024 ini adalah usaha meningkatkan hubungan pedagangan dengan Qatar yang telah berjaya menarik RM700 juta potensi eksport, Kazakhstan (RM1.7 bilion) dan Uzbekistan (RM700 juta),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena pembentangan Kad Laporan MITI Suku Kedua 2024, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zafrul menjelaskan pihaknya percaya bahawa Malaysia mampu meraih pelaburan diluluskan lebih tinggi pada 2024, selepas merekodkan jumlah tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.6 bilion tahun lalu.

Ujarnya, pertumbuhan pelaburan kebiasaannya adalah selari dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Oleh itu, kami meletakkan dahulu sasaran peningkatan lima peratus, sesuai dengan unjuran pertumbuhan KDNK antara empat peratus dan lima peratus pada 2024,” katanya.

Tambah beliau, MITI telah berjaya melepasi sasaran pelaburan yang ditetapkan pada suku pertama tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI