fbpx

Malakat Mall ditutup 31 Julai selepas 4 tahun beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malakat Mall. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malakat Mall, Cyberjaya hari ini mengumumkan penutupan pusat beli-belah berkenaan pada 31 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengasasnya, Mohd. Fadzil Hashim, beliau memaklumkan pihaknya menutup satu-satunya premis fizikal itu selepas empat tahun beroperasi.

Katanya, penutupan itu adalah bagi meneroka model perniagaan baharu.

“Imej pasar mesra Muslim dan mesra usahawan adalah imej Malakat Mall yang tidak akan berhenti di sini dan mesti diteruskan dalam apa jua bentuk yang bersesuaian.

“Kami akan bina kekuatan asas kumpulan kami dengan memberi fokus kepada sistem dalam talian.

“Semoga usaha ini akan mencapai kejayaan di masa hadapan. Kami mohon doa dan sokongan yang berterusan agar perjuangan ini mencapai kejayaan di masa depan,” katanya dalam kenyataan di aplikasi Facebook hari ini.

Jelasnya, perniagaan makanan dan minuman akan berpindah ke dalam bangunan Casa DeMadani yang akan diubah menjadi Restoran “RumahMakan” yang lebih sesuai dan selesa untuk warga Cyberjaya.

“Unit peruncitan pula akan berpindah 100 peratus kepada perniagaan secara dalam talian bagi jualan pelbagai barangan seperti busana, aksesori, alat tulis, buku serta perhiasan di www.malakat.com.

“Manakala, kedai Malakat Grocer akan hanya dikekalkan operasi di Taman Kosas, Ampang,” ujarnya.

Dalam pada itu Mohd. Fadzil berkata, sempena penutupan premis fizikal, pihaknya turut mengumumkan jualan penutupan dengan diskaun aset-aset sehingga 70 peratus pada 20 Julai hingga 31 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI