MENGHAMPIRI usia setengah abad, namun kecantikan penyanyi dan pelakon Abby Abadi masih kekal seperti era ketika bersama kumpulan Elite.
Kini, kejelitaan ibu kepada enam anak itu semakin terserlah sejak berjaya menurunkan berat badan hingga ada yang kata macam anak dara.
Kalau tengok Abby sekarang memang ramai makan hati sebab hasil rutin senaman, dirinya kini sudah susut sebanyak 10 kilogram.
Apa pun ramai menzahirkan pujian kerana biarpun sudah langsing, dia tetap bergaya sopan dan menjaga aurat. Bukan berpakaian ketat semula untuk tunjuk bentuk badan.
MIZZ LAHAR: Teringat kegigihan seorang selebriti yang sanggup jalani pembedahan plastik sebab takut dikata tua.