fbpx

Kerajaan Pahang sampai sumbangan kepada waris Nor Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD NIZAR menyatakan sesuatu selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga allahyarhamah di Pekan hari ini.

PEKAN – Kerajaan Negeri Pahang menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, dekat Bentan, di sini.

Sumbangan berupa wang tunai itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Mohamad Nizar berkata, kerajaan negeri menzahirkan rasa sedih dan simpati atas kejadian yang menimpa keluarga Allahyarhamah.

“Ini merupakan satu peristiwa mengejutkan satu Malaysia dan kami di negeri Pahang turut bersimpati dan bersedih dengan apa yang berlaku. Kita berharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini dan doakanlah agar mereka bertanggungjawab atas kejadian ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya kepada selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini, di sini, hari ini.

Sementara itu dianggarkan kira-kira 400 ahli keluarga, kenalan dan penduduk sekitar hadir ke upacara pengebumian jenazah Nur Farah Kartini yang selesai pada kira-kira pukul 5.40 petang tadi.

Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Kamoung Nyiur Manis pada pukul 5 petang selepas dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor menaiki van jenazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Media sebelum ini melaporkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI