fbpx

[VIDEO] Media dilarang ke pengebumian Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai mula hadir di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di Pekan pada pukul 4 petang.

PEKAN – Orang ramai dilihat mula memenuhi kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini bermula pukul 4 petang tadi bagi upacara pengebumian jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Difahamkan selain penduduk kampung, kenalan Allahyarham Nur Farah Kartini ketika menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat gadis tersebut.

Bagaimanapun pihak media yang hadir untuk membuat liputan dilarang memasuki kawasan tanah perkuburan berkenaan.

Difahamkan, arahan melarang media memasuki tanah perkuburan itu dibuat oleh abang mangsa.

Jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor pada pukul 2.05 petang tadi dengan menaiki van jenazah UPSI diiringi kenderaan pengiring polis serta ahli keluarga.

Jenazah dijangka disemadikan di tanah perkuburan itu sebaik tiba di sini pada pukul 5 petang.

Misteri kehilangan Nur Farah Kartini oada 10 Julai lalu terjawab apabila mayat gadis itu ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor pada Isnin lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI