fbpx

‘Kami macam abang, adik, putus sebab tak manis kawan suami orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA memberitahu dia menjauhkan diri daripada Nedim selepas bergelar suami kepada Nora sebelum ini.

PETALING JAYA – Enggan luahan rindu disalaherti, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan hubungannya dengan bekas suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri hanya seperti adik-beradik.

Kata Zarina atau mesra dipanggil Anju, 37, mereka sudah bersahabat lama selain menjauhkan diri selepas Nedim bergelar suami aktres terbabit sebagai tanda menghormati perkahwinan rakannya itu.

“Kami dah berkawan sejak berumur 19 tahun lagi, tapi hubungan kami sekadar abang dan adik.

“Kami berhenti berkawan sebab Nedim orangnya begitu, lepas kahwin memang dia akan putus hubungan bagi menghormati isteri dia.

“Tambahan pula, saya seorang janda jadi macam tak manis kalau nak berkawan dengan suami orang,” katanya dalam hantaran di InstaStory.

Pelakon sensasi itu tampil bagi mengulas kenyataan Nora yang menyatakan tidak terkesan dengan luahan rindu Anju terhadap bekas suaminya disebabkan mereka berkawan baik.

Bahkan ibu tunggal dua anak itu juga memaklumkan tidak kisah sekiranya Anju dan Nedim mempunyai hubungan lebih dari seorang teman kerana dia sudah tiada kaitan dengan lelaki terbabit.

Menerusi hantaran sama, wanita berkenaan turut menjelaskan persahatan yang terputus kini sudah dijalin semula selepas Nedim kembali solo.

Begitupun, katanya mereka tidak mempunyai hubungan istimewa selain menyifatkan Nedim sebagai lelaki yang setia dan bukan kaki perempuan.

“Selepas dah bercerai kami berhubung semula macam abang dan adik, tapi hubungan kami tak lebih daripada itu.

“Nedim adalah seorang lelaki yang baik, dia bukan jenis yang lepas cerai sibuk nak cari perempuan.

“Kalau dia sayang satu perempuan, dia akan sayang orang itu sahaja, dan saya tahu dia sayangkan Nora, bahkan saya pun saya hormati mereka,” ujarnya.

Terdahulu, perkahwinan Nora dan Nedim yang dibina selama tujuh tahun terlerai pada 16 Jun lalu selepas masing-masing sepakat untuk bercerai.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayal, 6 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI