fbpx

Jenazah Nur Farah Kartini tiba di Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van jenazah yang membawa Allahyarham Nur Farah Kartini tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini pada pukul 5 petang ini.

PEKAN – Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini pada pukul 5 petang ini.

Jenazah gadis itu dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor pada pukul 2.05 petang tadi dengan menaiki van jenazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan diiringi kenderaan pengiring polis serta ahli keluarga.

Turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindutrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alm Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu sebelum mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI