fbpx

[VIDEO] Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Nur Farah Kartini selamat dikebumikan pada pukul 5.20 petang.

PEKAN – Jenazah mangsa pembunuhan kejam, Nor Farah Kartini Abdullah, 25, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan di sini pada pukul 5.20 petang.

Suasana sedih menyelubungi pengebumian Allahyarham yang dihadiri ratusan orang termasuk keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan.

Jenazah gadis dari Miri, Sarawak itu dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor pada pukul 2.05 petang tadi dengan menaiki van jenazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan tiba di tanah perkuburan pada pukul 5 petang.

Ketibaan jenazah turut diiringi kenderaan pengiring polis serta ahli keluarga. Hadir sama wakil Kerajaan Negeri Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindutrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alm Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Misteri kehilangan Nur Farah Kartini yang merupakan bekas pelajar UPSI sejak Rabu lalu terjawab apabila mayat gadis itu ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Isnin lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI