fbpx

Intan Najuwa bakal jadi ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN mengumumkan berita gembira tersebut dalam Instagramnya hari ini.

PETALING JAYA – Selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Datin Intan Najuwa kini hamil anak pertama.

Khabar gembira tersebut dikongsikan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid, 27, menerusi sebuah hantaran Instagram.

“Rahsia kecil kami akhirnya dikongsikan. Kami bakal bertiga kelak,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Intan menunjukkan video ultrasound bayi semasa melakukan pemeriksaan doktor.

Malah, pelakon Kekasih Rela Paksa itu turut menayang ‘baby bump’ sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.

Bagaimanapun, aktres asal Johor itu tidak berkongsi butiran terperinci termasuk usia kandungannya.

Dalam ruangan komen, ramai rakan artis yang berkongsi rasa gembira dan meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

“Tahniah!,” komen Azira Shafinaz.

“Alhamdulillah, tahniah!,” ujar Bella Astillah.

Sebelum ini, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI