fbpx

Dua rakan maut, motosikal bertembung van sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van sekolah yang remuk dilanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Masai - Kong Kong, Pasir Gudang.

PASIR GUDANG – Dua rakan maut setelah motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van sekolah di Jalan Masai – Kong Kong, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun dan seorang wanita berusia 30 tahun maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.10 pagi membabitkan sebuah motosikal dan van sekolah.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku di mana sebuah van sekolah dipandu oleh seorang perempuan warga tempatan berusia 47 tahun dari arah Kong Kong ke Masai.

“Semasa kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki warga tempatan dan pembonceng seorang wanita warga tempatan berusia 30 tahun telah masuk ke laluan van tersebut dan berlaku perlanggaran secara berhadapan.

“Akibat daripada pelanggaran itu, kedua-dua mangsa penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultan Ismail (HSI) pada pukul 7.40 pagi dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI