fbpx

Dua lelaki ditahan bersama 54kg ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anbalagan (hujung kiri) ketika menunjukkan hasil rampasan dadah pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN

SERDANG – Kegiatan dua lelaki tempatan mengedar dadah terbongkar apabila diberkas bersama 54 kilogram (kg) ganja di tepi jalan Bandar Kinrara, Puchong, di sini, 10 Julai lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 30 dan 35 tahun yang menaiki Perodua Bezza ditahan ketika sedang ‘urus niaga’ sekitar pukul 10.15 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya merampas tiga kotak yang berisi 51 ketulan mampat dadah ganja seberat 54 kilogram bernilai RM168,020.

“Kedua-dua kenalan itu aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sejak Januari lalu.

“Hasil siasatan, dadah itu disyaki diperolehi dari negara jiran, kedua-kedua suspek itu berperanan sebagai pembekal dan ‘runner’.

“Hasil soal siasat mendapati ‘runner’ itu menerima upah sebanyak RM500 untuk sekali penghantaran,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil saringan mendapati hanya seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Semakan mendapati hanya pekerja kedai makan itu mempunyai tujuh rekod berkaitan kes dadah,” katanya.

Anbalagan berkata, dadah yang dirampas itu disyaki dapat menampung pengunaan seramai 108,438 penagih.

“Kedua-dua suspek itu ditahan reman tujuh hari dan telah disambung reman lima hari lagi sehingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya Berbahaya 1952,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI