fbpx

[VIDEO] ‘Terima kasih atas doa semua, serah kes kepada polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Farriza (tengah) ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor hari ini. Foto oleh MOHD. FARIZWAN HASBULLAH/ KOSMO!

SUNGAI BULOH – “Doakan yang terbaik saya, keluarga saya,” itulah luahan hiba abang kepada Nur Farah Kartini Abdullah, Mohd. Farriza Amir, 28, yang maut dipercayai dibunuh oleh kenalannya baru-baru ini.

Menurut Mohd. Farriza, dia dan keluarga berterima kasih kepada semua pihak termasuklah pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana menyediakan segala bentuk bantuan sepanjang proses tuntutan jenazah dilakukan.

Katanya, jenazah adik bongsunya, 25, akan dikebumikan hari ini sekitar pukul 6 petang.

Sebelum ini, Mohd. Farriza Amir, 28, mengesahkan jenazah Nur Farah Kartini akan dikebumikan di Pekan, Pahang selepas disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor.

Dalam pada itu, katanya, pihak keluarga menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kejadian kepada pihak polis.

“Saya dan keluarga serahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkaitan kes ini, itu sahaja yang mampu saya komen setakat ini.

“Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada semua pengamal media dan tidak lupa masyarakat yang sentiasa mendoakan agar segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai 204, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan mayatnya dijumpai oleh pihak polis di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai depan untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI