fbpx

Doakan urusan kami dipermudahkan – Abang Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Farriza (gambar kecil) memaklumkan setakat ini pihak keluarga belum menerima sebarang perkembangan berkaitan urusan tuntutan jenazah adiknya.

SUNGAI BULOH – “Belum ada sebarang perkembangan, doakan urusan kami dipercepatkan dan dipermudahkan”.

Demikian jawapan ringkas yang diberikan abang kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, Mohd. Farriza Amir ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga yang lain berharap agar urusan tuntutan jenazah berjalan lancar dan disegerakan.

Mohd. Farriza, 28, juga berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang perkembangan berkaitan kes daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh ketika ini mendapati pengamal media mula berkumpul seawal pukul 8 pagi bagi mendapatkan perkembangan berkaitan kes berkenaan.

Bagaimanapun, setakat pukul 10 pagi, tiada lagi waris mangsa berada di kawasan sekitar.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis perlu mengambil sampel ibu atau adik beradik kepada bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu memandangkan terdapat masalah dari sudut visual.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, pada Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai depan untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI