fbpx

Arsenal mampu ‘pulihkan’ karier Felix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FELIX dikatakan tiada dalam perancangan Atletico selepas tempoh pinjamannya bersama Barcelona tamat bulan lalu. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan telah memberitahu pengurusan pasukan itu agar menandatangani penyerang Portugal, Joao Felix dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

The Gunners sememangnya sedang mencari penyerang dan pemain sayap baharu dengan beberapa nama berada dalam radar mereka antaranya Alexander Isak (Newcastle United), Ollie Watkins (Aston Villa), Victor Osimhen (Napoli) dan Brian Brobbey (Ajax).

Bagaimanapun, naib juara EPL dua musim berturut-turut itu kini menjadikan Felix sebagai sasaran baharu memandangkan pemain berusia 24 tahun berkenaan dijangka tiada dalam perancangan Atletico Madrid musim depan.

Atletico telah membelanjakan €126 juta (RM642.32 juta) daripada Benfica pada 2019, namun dia gagal mencapai jangkaan sebenar apabila sering dipinjamkan keluar dengan menyertai Chelsea dan Barcelona dalam dua musim terdahulu.

Begitupun, ramai berpendapat bahawa karier Felix mampu kembali bersinar sekiranya dia berhijrah menyertai Arsenal di bawah tunjuk ajar Arteta yang telah membuktikan beliau berjaya menggilap prestasi Kai Havertz.

Havertz kembali menikmati permainannya sejak berhijrah ke Arsenal awal musim lalu apabila dia berjaya merekodkan 13 gol daripada 37 perlawanan EPL yang mana ia adalah prestasi terbaiknya dalam empat tahun berada di England.

Difahamkan, Atletico bersedia melepaskan Felix dengan bayaran sekurang-kurangnya €50 juta (RM254.85 juta) tetapi Arsenal lebih cenderung untuk meminjamnya terlebih dahulu sebelum mendapatkannya secara tetap selepas itu.

Sekiranya berjaya, masalah Arteta dianggap selesai kerana Felix bukan sahaja boleh beraksi sebagai penyerang No. 9, malah turut berupaya beraksi selaku pemain sayap kiri dan kanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI