fbpx

Anggota JPJ didakwa 40 pertuduhan gagal lapor kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sobri didakwa atas 40 pertuduhan gagal melaporkan kesalahan pemberian rasuah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini

ALOR SETAR – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 40 pertuduhan kerana gagal melaporkan kesalahan rasuah melibatkan wang berjumlah RM42,100 dari 2016 hingga 2019.

Tertuduh, Mohamad Sobri Osman, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bertugas sebagai pegawai pemeriksa kereta motor gred AB29 di JPJ Kuala Ketil, dekat sini didakwa telah diberikan suapan oleh pengurus sebuah syarikat pengangkutan berusia 38 melalui akaun bank milik tertuduh.

Pemberian rasuah itu didakwa dilakukan supaya tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori milik syarikat tersebut yang mungkin akan melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemberian rasuah tersebut didakwa dilakukan antara 10 Mac 2016 hingga 8 Oktober 2019 pada kadar antara RM1,000 hingga RM1,100.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Alor Setar, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI